YE.. dulu hanya di maya, sekarang bukan di maya. lagilah bukan bersua di alam nyata.
Aku di sini,kau di sana.
1km,2km,3km..pun bukan..jauh berbata bata
Tangan menari di pentas kekunci kata. Menaip bait bait bicara dahulu kala.
YE..lame sudah ejaan tidak bersua. Apatah lagi menerbitkan suara mendengar cerita.
11 jan 2011..tidak mungkin alpa. Esoknya ujian Matematik bakal bersemuka..
Ye..Matematik itu susah kalau tak dikira. Dihitung 1,2,3 ..
Tunggu. Tunggu. Dan tunggu. Mata pejam. Celik. Pejam. Sampai pitam. Kesudahannya, buku hanya terbuka walhal mata sudah terpejam lena..
YEAHHH! *(lagu usher ) alarm berbunyi mengejutkan tuannya.
Dilihat depan, laptop terbuka. Di tunduk bawah, buku ternganga. Ya Rabbi.. penantian itu sia sia.
3 jam lagi matematik menanti di medan sana. Kepala ?? usah bicara. Demam bercampur selesema.
Ia sedang ligat juga mengingati formula.
YE…mandi dengan penuh hiba. Matematik tak tahu nak jawab apa..
Tuh la,tika orang belajar kita menyumbang mata. Lena la lelapnya.
Tika orang bersiap-siap tersenyum gembira jantung sendiri dup dap dup dap gundah gulana.
Memaksa kaki menyarung kasut putih kemboja, selangkah 2 langkah..berdating jugak akhirnya !
MATEMATIK..tatap dengan penuh duka. Dalam hati hanya mampu memohon khilaf pada sesiapa saja.
Otak berpusing, macam bintang bintang keliling di kepala kartun Nobita .
1,2,3..nafas ditarik steady macamlah nyawa ada tiga..
‘’CALON DIBERI MASA 1 JAM UNTUK MENJAWAB KERTAS INI,MATEMATIK QS026,DENGAN LAFAZ BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM CALON BOLEH MULA MENJAWAB SEKARANG’’
GULLP!! Tersentap. Hitung,kira segala nisbah angka formula.
Sejenak. Kau muncul di minda. Dalam hati lagu sedih bernada hiba ( ‘kenape kau tak muncul ?’)
Lain ditanya lain dijawabnya.
Ye…CARELESS itu semestinya. Ada di mana mana. Bole kata setiap soalan ‘pangkah’ ditanda.
SEJAM LENGKAP BERSEMUKA..kaki hayun selaju kuda. Tak sabar bertemu bilik menutup muka.
Sebelum pintu dibuka,sudah dengar dengar perbincangan mereka.
ADUHHHH.. akhirnya mulut ini keluarkan buih kata ‘’aku rase math aku terok kali ni,.Ermm..malas fikir dah... Pening kepala’’
Bukan hari yang sama. Ucapan itu hanya dipadam semua. Sama seperti bersemadi dengan jawapan hodoh matematik tadi..
Laptop dibuka.Dan sedetik tiba, aku bertanya. ‘ada dapat ?’
Dengan ringkas berkata ‘Ada. Tapi malas nak balas.’
Okey,’ terima kasih ‘ sahaja mampu bersuara.
1 minggu,2 minggu..entah yang ke berapa.. keputusan akhirnya tertera !
Jari telunjuk lama diguna mencari nama.
YE..senyum hambar. Sekadar melepaskan batuk di tangga. Semua result math,fizik,kimia SAMA !
Kalau sudah sama,purata pointer memanglah serupa !
DALAM LECTURE MATH..’belajar,macam tak belajar’ – ayat cikgu math saya.
MASUK kelas matematik. Nama disapa dan berdiri lama! tak pernah hayat nama disapa . memang padanlah muka.
Akhirnya, dikira-kira..setiap hari consultation hour wajib bersua.
SETUJU ! MEMANG SETUJU ! diri sendiri dikutuk. BODOH itu memang patut di rasa.
YE…
Tatkala ditanya. Hanya demam sahaja dikata. Walhal dalam hati rasa nak menangis hiba .
TAK GUNA salahkan sesiapa dalam hal ini. .Toleh kanan,toleh kiri.. las las memang salah sendiri.
Diasuh belajar, nak jugak menyusahkan diri menaip panjang panjang malam hari. .
MAAF.. salah saya menanti . mungkin ini ujian dari Illahi..betapa pentingnya masa masa yang berlalu
dan bakal dilalui nanti..
kesantapakkaki : Dahulukan perkara yang PALING PENTING sebelum memulakan perkara PENTING yang lain [kenangan ujian midsem:) ]
tidak mengapa, masih ada pelangi ni hadapan nun. Doa dan tawakal to get the best! :) have faith in Allah. :) <3 *hugs* -Aja
ReplyDeleteinsyaAllah aja.. jika tak ditemui pelangi itu, masih ade awan dan matahari akan menanti..:)
ReplyDelete